Ahad, 26 April 2015

Selfie Sado

Sebagai seorang yang amat dikenali seteru & sekutu selaku 'raja selfie' (such a self-proclaimed statement), boleh dikatakan yang saya ni antara insan yang meletakkan standard tinggi dalam pengambilan selfie di Malaysia ini *mohon-muntah-semua*. #AyatSuperPoyo
Kalau dah sampai masuk artikel di laman web sosial tu, need I say more? :3
Antara perkara yang saya belajar daripada pengalaman berselfie segala bagai ni ialah untuk menjadi nekad - rempuhlah segala polis/pengawal peribadi, buangkan rasa malu & gentar, maka terpampanglah selfie didamba di Instagram.

Jadi, bila Abah maklumkan bahawa rakan lamanya Sazali Samad (yup, THAT Sazali Samad) akan rasmikan hari sukan sekolahnya hari ni, saya tak berlengah untuk balik ke Segamat, walaupun Jumaatnya tu saya mulakan dengan kesibukan Festival Bahasa Ketiga di kolej & kemudian ke PWTC untuk berpesta dengan buku.

Tibalah detik dinanti. Makan malam bersama, uols! Lagi la starstruck.
I'm taller than him? LOL
Kisah macam mana Abah boleh jemput Mr. Universe 10 kali ni ke sekolah dia, tu lain cerita (malas lah nak gosip pasal tu kat sini). Apa yang penting, satu lagi momen selfie yang menambahkan lagi penanda aras (stop acting like a diva, Syafiq *hergh*) kepada mereka yang kaki selfie.

*kbai*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan